fb fb fb fb fb

7 perkara hal ehwal Sabah, Sarawak berjaya diselesaikan Kerajaan Perpaduan

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 25 September- Sehingga kini tujuh perkara melibatkan Hal Ehwal di Sabah dan Sarawak berjaya diselesaikan sama ada selesai sepenuhnya mahupun selesai sebahagian dalam tempoh pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali pada sesi Dewan Negara.

Beliau berkata perkara yang telah selesai sepenuhnya ialah pengiktirafan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah dan Sarawak, penyerahan kuasa kawal selia gas kepada Kerajaan Sabah dan pelantikan wakil Sabah dan Sarawak dalam Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)
Datuk Armizan Mohd Ali)

"Bagi kategori selesai sebahagian, pertama penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah yang akan dimuktamadkan pada 3 Januari 2024, kedua pindaan Akta Lembaga hasil dalam Negeri (LHDN) 1955  bagi melantik perwakilan tetap Kerajaan Sabah dan Sarawak dalam LHDN yang akan dibentangkan dalam sidang parlimen akan datang.

"Ketiga ialah semakan semula kadar pemberian khas pada Sabah dan Sarawak, keempat penyediaan garis panduan khas bagi Sabah dan Sarwak untuk urusan penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud persekutuan di Sabah dan Sarawak", katanya.

Beliau  menjawab sesi penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKE-12) di Dewan Negara.

Media Baharu