fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Sultan Nazrin titah wujudkan kerangka baharu sebagai usaha melestari sungai

KUALA LUMPUR, 25 September- Malaysia perlu mencari dasar baharu yang lebih segar, teratur dan berdaya maju untuk menangani kelemahan pengurusan lembangan sungai, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Dasar baharu yang lebih teratur dan berdaya maju perlu segera dirangka untuk mengatasi isu kelemahan pengurusan lembangan sungai.

Titah baginda, ini penting bagi memastikan usaha melestarikan sungai dapat dilaksanakan secara tuntas (menyeluruh).

"Kebanyakan air sungai menjadi keruh, dan ada ketika berbau dan bertukar warna. Sampah sarap dan pelbagai buangan lain bertompokan dari hulu hingga ke hilir baik di permukaan begitu juga di dasar sungai.

"Bukan sahaja kualiti airnya berada pada tahap yang tidak lagi sesuai untuk kegunaan manusia, malah sarat dengan sampah sarap dan yang paling mencemari serta merosakkan sungai ketika ini ialah botol, beg dan bahan-bahan plastik," titah baginda ketika melancarkan buku Tafsir Mawdui Sungai di Institut Asia-Eropah Universiti Malaya di sini, hari ini.

Laporan kualiti alam sekeliling 2021 merekodkan 73 peratus iaitu sebanyak 489 sungai menunjukkan indeks kualiti air bertaraf bersih.

Manakala 24 peratus iaitu 158 sungai bertaraf sederhana cemar, dan tiga peratus, 23 sungai tercemar.

Sultan Nazrin bertitah, masyarakat perlu insaf bahawa manusia dan alam sekitar saling berkait rapat.

Terdahulu, baginda berkenan menyempurnakan pelancaran buku Tafsir Mawdu'i Sungai karya Zulkifli Mohd Yusoff dan Zaini Ujang di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya.