KUALA LUMPUR, 25 September- Institut Urologi dan Nefrologi (IUN) Hospital Kuala Lumpur yang melibatkan kos sebanyak RM171 juta berjaya disiapkan lebih awal dari tarikh ditetapkan.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, bangunan baharu itu dijangka beroperasi secara berperingkat pada akhir Oktober ini.
Bangunan tujuh tingkat tersebut dilengkapi dengan kemudahan dewan bedah, unit rawatan rapi urologi dan nefrologi serta unit hemodialisis.
(Menteri Kerja Raya dan Menteri Kesihatan semasa di majlis penyerahan di HKL)
Satu laluan bertingkat sepanjang 133 meter menghubungkan bangunan utama HKL ke kompleks pakar dan rawatan harian bagi kegunaan membawa pesakit.
Selain itu, kerja-kerja menaik taraf pencawang elektrik 10 (PE10) turut dilaksana.
Turut hadir pada Majlis Penyerahan Projek Kompleks Dewan Bedah, ICU dan wad tambahan tersebut ialah Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.