UUM hulur bantuan kerusi roda kepada penoreh getah uzur

Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis (baju hijau) menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda dan wang tunai kepada Siti Hajar, 70, (kanan) yang menghidap masalah kesihatan

PADANG TERAP, 3 Julai- Universiti Utara Malaysia (UUM) menghulurkan bantuan kerusi roda dan sumbangan wang tunai kepada seorang penoreh getah warga emas yang tidak lagi mampu bekerja akibat masalah kesihatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sumbangan disampaikan oleh Pengarah GSEEP, Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis kepada Siti Hajar di Kampung Lubuk Merbau, Pedu.
  • Pengirim menyatakan simpati dan berharap sumbangan memudahkan pergerakan ke bilik air, dapur dan tempat lain.
  • Siti Hajar mengalami sakit pinggang sejak sebulan lalu, tidak mampu berjalan, hanya duduk atau berbaring dan tidak dapat berdiri sendiri.
  • Kini suaminya, Abdul Bahari Samsudin, 70, menjadi satu-satunya pencari nafkah keluarga dan meneruskan aktiviti menoreh getah.

Sumbangan itu disampaikan Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP), UUM, Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis kepada Siti Hajar Jusoh, 70, di kediamannya di Kampung Lubuk Merbau, Pedu.

“Kami amat bersimpati dengan kesulitan yang dialami Siti Hajar dan keluarga. Diharapkan sumbangan kerusi roda ini dapat memudahkan pergerakannya ke bilik air, dapur dan tempat lain,” katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan pada Khamis

Siti Hajar berkata beliau mengalami kesakitan di bahagian pinggang sejak sebulan lalu sehingga tidak lagi mampu berjalan, malah hanya mampu duduk atau berbaring serta tidak dapat berdiri sendiri.

Keadaan itu menyebabkan ibu kepada lima anak berkenaan tidak lagi mampu menjalankan aktiviti harian termasuk menoreh getah seperti kebiasaannya.

Aktiviti menoreh getah kini hanya dilakukan suaminya, Abdul Bahari Samsudin, 70, yang menjadi satu-satunya pencari nafkah keluarga.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.