fb fb fb fb fb

UUM, berjaya kekalkan akreditasi AACSB bagi tempoh 5 tahun lagi



SINTOK, 17 Februari - Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi universiti awam pertama berjaya mengekalkan akreditasi 'Association to Advance Collegiate Schools of Business' (AACSB) bagi tempoh 5 tahun lagi.

Kejayaan tersebut membuktikan UUM memiliki program ijazah bidang perniagaan berkualiti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Naib Canselor UUM Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, ketika ini UUM antara beberapa universiti di dunia yang menawarkan ijazah dalam bidang perniagaan yang telah memperoleh akreditasi AACSB.

UUM merupakan institusi ketiga di Malaysia yang diakreditasi oleh AACSB International selepas Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Ini membuktikan UUM diiktiraf di seluruh dunia sebagai sebuah universiti yang mengeluarkan ijazah berkualiti, dengan pelajar dibekalkan dengan kursus dan program terkini.

Ia sebagai persediaan untuk melahirkan pemimpin yang berpotensi tinggi dan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan bagi membina masa depan.

Pentauliahan semula akreditasi AACSB merupakan proses penambahbaikan yang rapi dan berterusan.

Ia berjaya memastikan 16 program Ijazah Sarjana Muda dan lapan program lepasan ijazah mendapat akreditasi semula.

 

Media Baharu