fb fb fb fb fb

'Program Warga PPR/PA Sentiasa di Hati' akan diteruskan

KUALA LUMPUR, 17 Februari- 'Program Warga PPR/PA Sentiasa di Hati' akan diteruskan.

Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata, walaupun kes COVID-19 meningkat, pihak penganjur sentiasa merujuk nasihat Pusat Penyelarasan dan Pengurusan COVID-19 Wilayah Persekutuan (CCMC).

"Kita akan merujuk kepada CCMC agar mereka memberi panduan kepada kita agar sesuai atau tidak diteruskan. Jika kita dapat kebenaran, kita akan teruskan.

Sudah tentu jika kita teruskan kita akan pastikan semua SOP diperkukuhkan dan diperketatkan untuk kita cuba mengawal COVID-19 ini," katanya selepas mengagihkan bungkusan makanan kepada penduduk PPR Taman Wahyu, Kuala Lumpur bersama Datin Seri Shamsiah Mohd Yassin, isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

Sebanyak 1,000 bungkusan makanan diagihkan melalui program anjuran Rumah Prihatin @GrandSeasons dengan kerjasama pelbagai agensi.

Media Baharu