fb fb fb fb fb

Ujian siren SAATNM di Wilayah Persekutuan Labuan, hari ini

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Februari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami (SAATNM) di Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.

Ujian itu akan dilakukan di Kampung Kerupang dan Kampung Lubuk Temiang.

Pengujian sistem SAATNM itu akan dilakukan pada pukul 9.20 hingga 10.30 pagi di Masjid Al-Muttakin di Kampung Kerupang.

Pada pukul 11.20 pagi hingga 12.30 tengah hari pula ujian dibuat di Masjid Al-Muzakirullah di Kampung Lubuk Temiang.

Penduduk kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana merupakan ujian sahaja.

MET Malaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.

 

Media Baharu