fb fb fb fb fb

Melecur 80 peratus akibat kebakaran sebuah kereta

KANGAR, 17 Februari - Seorang lelaki yang memandu sebuah kenderaan jenis Proton Alza melecur 80 peratus anggota badan ketika bertindak menyelamatkan diri dari kenderaannya
yang terbakar.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 malam tadi di Jalan Baru, Kampung Syed Omar, Bintong.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar, Pegawai Bomba Kanan II Yazid Ahmad yang turut disertai Pegawai Bomba Kanan II Shahrunnizam Kamar Bashah memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.49 malam sebelum sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera, kenderaan utiliti dan EMRS dihantar ke lokasi.

Katanya, setibanya di lokasi mendapati api sedang marak membakar kenderaan itu dan anggotanya berusaha memadam api daripada merebak.

Api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 9.20 malam.

Mangsa yang melecur di hantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut berkaitan kejadian yang berlaku.

 

Media Baharu