fb fb fb fb fb

UTM sasar pemberian biasiswa bernilai RM1.5 juta kepada pelajar Palestin lanjut pengajian PhD

JOHOR BAHRU, 17 Julai - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyasarkan pemberian biasiswa bernilai kira-kira RM1.5 juta kepada 10 pelajar dari Palestin untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah inisiatif menerusi Program Serambi Al-Quds adalah sebahagian daripada usaha UTM membantu golongan memerlukan termasuk pelajar antarabangsa.

Menurut Baginda, usaha tersebut dapat dicapai menerusi sokongan padu penyumbang dana.

Selain itu, seramai 750 pelajar telah menerima manfaat, hasil aktiviti pendanaan UTM berjumlah RM25 juta dalam bentuk biasiswa endowmen.


(Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah pada Majlis Santapan Diraja Bagi Mengumpul Dana
Tabung Kebajikan Pelajar UTM di Johor Bahru)

"Saya berasa terharu dengan sokongan dan keperihatinan yang ditunjukan oleh semua penyumbang dalam membantu pihak universiti, menjayakan kecemerlangan Universiti Teknologi Malaysia, semua sumbangan yang diterima amat besar ertinya buat warga universiti serta ahli komuniti yang bekeperluan," titah baginda pada Majlis Santapan Diraja Bagi Mengumpul Dana Tabung Kebajikan Pelajar UTM, di sini.

Dana kerajaan juga amat penting bagi membantu merencana dan memperhebat kecemerlangan universiti di peringkat global.

Dalam pada itu, Raja Zarith Sofiah turut bertitah dengan menyeru alumni-alumni UTM kembali ke universiti untuk menyumbang kepakaran, pengalaman, dan perkongsian teknologi.

Media Baharu