fb fb fb fb fb

Utamakan keselamatan, pilih pusat pelancongan yang berdaftar

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Isu keselamatan membabitkan rumah inap dan lokasi pelancongan perlu diberi perhatian serius.

Pastikan pengusaha terlibat telah berdaftar dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Pengerusi Persatuan Keselamatan Pengguna, Samsudin Mohd Fauzi berkata setiap pengusaha inap desa perlu memenuhi kriteria dan mendapat kelulusan daripada bomba serta Jabatan Tanah dan Survei, sebelum dibenarkan beroperasi.

Namun kebanyakan tapak pelancongan beroperasi secara haram dan berisiko kepada pengunjung.

"Orang awam kena tahu, MOTAC pernah keluarkan program pemutihan untuk inap desa dan meminta semua pengusaha berdaftar, tetapi kenapa mereka ini tidak mahu berdaftar? Kerana mereka ini sebenarnya tidak layak untuk premis pelancongan.

"Kita nasihatkan orang ramai pilihlah pusat pelancongan yang selamat. Selamatkan industri pelancongan negara kerana pelancongan adalah pendapatan terbesar untuk negara," kata Samsudin selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini.

Beliau turut menyarankan orang awam agar sentiasa peka dengan hak kepenggunaan dan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

(Samsudin berkata selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri
Kota Media)

Media Baharu