fb fb fb fb fb

Noor Inayah wanita pertama nazir masjid di Selangor

(FOTO RTM)

KLANG, 2 Mac-Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) Profesor Datuk Dr Noor Inayah Yaakub menjadi wanita pertama di Selangor yang dilantik sebagai nazir masjid.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Dr Noor Inayah, 53, yang berkhidmat sebagai nazir di Masjid Ikram IUKL di Bandar Baru Bangi, pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam masjid di seluruh Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah di sini hari ini.

Beliau yang ditemui pemberita, melahirkan rasa syukur atas pelantikan tersebut dan menyifatkannya sebagai tanggungjawab besar yang perlu digalas.

"“Kita melihat pengurusan masjid itu tidak memberikan apa-apa sekatan sekiranya wanita menjadi peneraju dan mungkin perkara ini sangat jarang berlaku, tetapi saya mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakan-rakan yang lebih arif, imam-imam dilantik (pada hari ini) dan nazir lain,”katanya.

Terdahulu, seramai 1,256 imam dan nazir masjid di seluruh Selangor menerima watikan pelantikan hari ini.


(Dr Noor Inayah Yaakub, Nazir Masjid Ikram IUKL di Bandar Baru Bangi/Foto RTM)

Media Baharu