fb fb fb fb fb

Kes penipuan dalam talian rekod aduan tertinggi 2022

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati apabila membuat sebarang urusniaga mahupun interaksi secara dalam talian.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata daripada 7, 292 laporan insiden jenayah keselamatan siber yang diterima Pusat Bantuan Cyber999 pada tahun lalu, kes penipuan dalam talian merekod jumlah aduan tertinggi dengan 4,741 kes.

Dua lagi insiden tertinggi ialah kod hasad (malicious code) sebanyak 1,023 kes dan pencerobohan ataupun intrusion sebanyak 755 kes.

"Kes berkaitan penipuan dalam talian ataupun fraud termasuklah scam seperti yang saya sebut tadi, kini jelas semakin berleluasa dan bertambah serius. Antara insiden scam yang kerap dilaporkan PDRM sepanjang tahun 2022 ialah penipuan belian dalam talian (order lain..sampai lain), macau scam, nigeria scam, love scam, penipuan bungkusan dan penipuan sembang berbaur lucah," katanya.

"Penjenayah sesungguhnya mengeksploitasi kelemahan manusia dan sikap manusia itu sendiri yang umumnya mudah percaya, senang terpedaya, terburu-buru membuat tindakan dan keputusan. Cuai dalam menilai sesuatu perkara, mudah berasa simpati serta tamak ...menyebabkan mereka menjadi mangsa," kata Fahmi ketika berucap melancarkan drama bersiri Cyber999 di Balai Perdana, Angkasapuri di sini.

Drama tersebut akan disiarkan bermula 4 Mac hingga 28 Mei ini, setiap Sabtu dan Ahad pada pukul 12.30 tengah hari di TV1.

(Fahmi berkata Kes penipuan dalam talian rekod aduan tertinggi 2022)

Media Baharu