fb fb fb fb fb

Usaha tambah baik kelemahan digariskan LKAN, akan diteliti

PUTRAJAYA, 3 Mac- Usaha menambah baik aspek kelemahan dan pembaziran wang yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, akan diteliti.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menjelaskan, secara keseluruhan, pelaksanaan aktiviti, projek dan program kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan mengikut objektif ditetapkan.

Bagaimanapun, masih terdapat kelemahan seperti sasaran dan keberhasilan yang ditetapkan tidak tercapai sepenuhnya.

"Perkara berkenaan telah dibincangkan. Saya akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut minggu hadapan. Ia juga akan diteliti, agar perkara sama tidak akan berulang di kemudian hari," katanya kepada pemberita di sini.

Berhubung Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang dipengerusikannya, beliau berkata perincian mengenainya akan diumum minggu hadapan.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri supaya mengambil serius dan meneliti setiap teguran LKAN tentang soal perbelanjaan, ketirisan yang tidak menepati syarat serta peraturan.


(Bagaimanapun, masih terdapat kelemahan seperti sasaran dan keberhasilan
yang ditetapkan tidak tercapai sepenuhnya)

Media Baharu