fb fb fb fb fb

Lebih 200 PPS dibuka di Johor

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Sebanyak 239 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor akibat banjir.

Menurut portal InfoBencanaJKM, 31,668 penduduk terjejas banjir daripada 8,835 keluarga ditempatkan di PPS terbabit, setakat pukul 4.47 pagi tadi.

"Lima negeri dilanda banjir iaitu Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sarawak.

"Jumlah penduduk terjejas di semua negeri itu adalah seramai 34,719 orang daripada 9,709 keluarga.

"Ia membabitkan 285 PPS," kata kenyataan itu.


(Lima negeri dilanda banjir iaitu Johor, Negeri Sembilan,
Pahang, Melaka dan Sarawak)

Media Baharu