fb fb fb fb fb

Hari Terbuka Putrajaya 2023, lebih 100 peniaga dapat manfaat

(Foto Facebook Jabatan Perdana Menteri)

PUTRAJAYA, 3 Mac- Lebih 60 kaunter perkhidmatan agensi awam dibuka sempena Hari Terbuka Putrajaya 2023 (POD 2023) yang bermula semalam.

Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, ia sekali gus menjadi wadah bagi rakyat mendapatkan perkhidmatan kerajaan dalam satu tempat serta mendapatkan tawaran perkhidmatan yang terkini.

"Penganjuran kali ini menghimpunkan pelbagai kementerian, jabatan serta agensi awam dan swasta yang berkampung di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

"Hari terbuka itu diadakan bermula semalam hingga 5 Mac ini," katanya kepada pemberita di sini.

Bandar Putrajaya katanya merupakan model Malaysia Madani khususnya dalam aspek perbandaran yang menonjolkan ciri-ciri kemampanan, kesejahteraan, berdaya cipta dan ihsan.

POD 2023 turut memanfaatkan lebih 100 peniaga, penjaja kecil serta penggiat industri kreatif yang mengambil bahagian dalam aktiviti jualan dan perniagaan sepanjang program berlangsung.

Pelbagai pengisian program diatur sepanjang empat hari penganjuran termasuklah perkongsian maklumat, ceramah, cabutan bertuah, promosi perkhidmatan dan juga ceramah Forum Perdana Ehwal Islam.


(Foto Facebook Jabatan Perdana Menteri)

Media Baharu