fb fb fb fb fb

Perkhidmatan aerotrain KLIA dihentikan serta-merta - MAHB

SEPANG, 3 Mac- Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (APM) atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1) dihentikan serta-merta berkuat kuasa semalam.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata keputusan itu diambil atas faktor keselamatan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian tren.

"Sebanyak 18 buah bas perantara yang beroperasi 24 jam disediakan bagi mengambil dan menurunkan penumpang dari balai pelepasan ke terminal satelit," katanya kepada pemberita di sini.

Perkhidmatan aerotrain yang beroperasi sejak 25 tahun lalu itu sering mengalami gangguan perkhidmatan sehingga menyebabkan ketidakcekapan operasi serta ketidakselesaan kepada penumpang.


(Perkhidmatan aerotrain yang beroperasi sejak 25 tahun lalu itu
sering mengalami gangguan perkhidmatan sehingga
menyebabkan ketidakcekapan operasi serta
ketidakselesaan kepada penumpang)

Media Baharu