fb fb fb fb fb

Usaha perangi denggi perlu bermula dari rumah - ADUN Indera Kayangan

(ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling (berbaju merah) pada Program Mesra Rakyat
Taman Kemajuan sempena Hari Belia Negara 2023 di Kangar/ BERNAMA)

KANGAR, 9 Julai - Usaha memerangi denggi perlu bermula dari rumah menerusi kesedaran dalam menjaga kebersihan persekitaran dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar rumah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan,  Gan Ay Ling berkata nyamuk Aedes bertelur dalam air yang bertakung dan cara yang paling berkesan untuk mencegah denggi, terutamanya di dalam rumah adalah dengan memastikan bahawa tiada tempat pembiakan nyamuk  serta menjaga kebersihan kawasan sekitar.

"Kami di DUN Indera Kayangan mengambil inisiatif mengadakan program gotong-royong bersama komuniti selain mengadakan kempen di media sosial dalam usaha memerangi denggi.
Selain memberi kesedaran dan maklumat yang tepat kepada masyarakat,"katanya pada Program Mesra Rakyat Taman Kemajuan sempena Hari Belia Negara 2023 di Kangar.

Ujar Gan, usaha yang dilakukan adalah secara berterusan oleh Pejabat ADUN Indera Kayangan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis serta agensi kerajaan yang lain.

Media sebelum ini melaporkan kes denggi di Perlis pada tahap membimbangkan apabila 443 kes dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ia berbanding hanya 16 kes dalam tempoh sama tahun lepas dengan peningkatan sehingga 2,668.7 peratus.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu