fb fb fb fb fb

Kanak-kanak maut dilanggar pacuan empat roda

KERTEH, 9 Julai - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu sepupunya dalam kejadian di kawasan di Kampung Darat Kolam, di sini kira-kira pukul 8.20 malam tadi.
 
Dalam kejadian tersebut, kanak-kanak maut iaitu  Syaza Syazwina Zahra Mohd Sazali berusia satu tahun lima bulan yang cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, polis menerima laporan berkenaan kejadian itu kira-kira pukul 10.30 malam.
 
Menurut Hanyan, siasatan polis dilokasi kejadian mendapati mangsa dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu sepupu mangsa.
 
Sebelum kejadian, kenderaan pacuan rumah diparkir di hadapan sebuah rumah di situ dan pemandu kenderaan seorang wanita berusia 19 tahun dikatakan masuk ke dalam kenderaan itu untuk pergi ke rumah bapa mertuanya yang tinggal di Rasau di Dungun.

(Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu sepupu mangsa)

"Ketika sedang mengundurkan kenderaan itu, mangsa yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar tanpa pengetahuan ibunya dan ketika mengundur, kenderaan tersebut dikatakan terlanggar kanak-kanak terbabit yang berada di belakang kenderaan itu," kata Hanyan, di sini.
 
Jelas Hanyan Ramlan, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi mengesahkan ada kejadian itu berlaku.
 
Mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (1987).

Media Baharu