fb fb fb fb fb

Usaha pemantapan industri nanas, beri hasil positif

Pameran nanas pada Seminar Industri Nanas Antarabangsa 2025

JOHOR BAHRU, 28 Jun- Usaha pemantapan industri nanas melalui penyelidikan, pembangunan infrastruktur dan inovasi yang digerakkan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), semakin membuahkan hasil positif.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia terbukti melalui rekod kerugian yang dapat dikurangkan setiap tahun disebakan bencana.

Pada 2024, nilai kerugian pengusaha dan pekebun nanas di seluruh negara dicatatkan kira-kira RM1.02 juta berbanding RM7 juta yang direkodkan pada 2021 akibat bencana.

"Sebab ini menunjukkan hasil kajian, pembangunan infra, dan inovasi yang diaplikasikan LPNM menunjukkan hasil untuk membantu mengurangkan kerugian pekebun nanas.

"Dari segi benih yang diberikan, infra, pengumpulan analisis data dan sebagainya telah menbantu kita untuk meningkatkan kecekapan penanaman nanas negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas Seminar Industri Nanas Antarabangsa 2025 di sini.

Kementerian juga komited melipatgandakan hasil pengeluaran nanas negara melalui pendekatan lebih moden dan strategik.

Ia melibatkan aplikasi teknologi baharu serta inovasi pertanian yang diperoleh melalui kerjasama rapat antara penyelidik dan pemain industri.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI