fb fb fb fb fb

Usaha noktah kemiskinan tegar, meliputi semua kaum - PM

SUNGAI PETANI, 16 Julai - Usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar seperti yang ditetapkan tahun ini sama sekali tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja, sebaliknya meliputi
semuanya sekali.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari bahawa ada pihak yang mendakwa beliau melindungi kepentingan satu kaum sahaja namun pendirian kerajaan perpaduan adalah memastikan semua mendapat hak masing-masing berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

"Jangan tanya saya berapa peruntukan untuk kaum Melayu, kaum India. Saya tidak peduli, ada sahaja jumlah, ada nama kita sahkan, kita tolong. Siapa yang miskin tegar, kita tolong. Kita tolong rakyat susah tak kira kaum," kata Anwar, di sini.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada
Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat India Kedah
di Dewan Lip Seang Khor, di sini, semalam)

Anwar berkata, beliau sangat menghargai sokongan yang diberikan masyarakat India selama ini dan meminta mereka memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan bagi memastikan pembangunan yang dirancang dapat direalisasi.

Justeru beliau mahu melihat sendiri masyarakat India, khususnya yang tinggal di estet, keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Saya nak pesan kepada masyarakat India di Kedah, buat keputusan yang baik, biar ada hubungan baik antara negeri dan kerajaan persekutuan. Kita guna kuasa yang ada ini untuk bantu rakyat kita," katanya.

Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar Sungai Petani dan menerima memorandum masyarakat India Kedah berhubung isu ekonomi, sosial, serta pendidikan.

Media Baharu