fb fb fb fb fb

MPK berjaya kumpul 34.4 tan e-sisa

(FOTO RTM)

KEMAMAN, 16 Julai - Kira-kira 34.4 tan bahan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) berjaya dikutip oleh Majlis Perbandaran Kemaman melalui 15 program pengumpulan yang diadakan di daerah berkenaan sejak awal tahun 2023.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Nazwawi Harun berkata, program kitar semula dengan kerjasama komuniti Program Pandu Lalu Penjualan E-Sisa dan Bahagian Kitar Semula itu merupakan satu program di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB).

Menurut Nazwawi, Majlis Perbandaran Kemaman berjaya mengumpul e-waste sebanyak 10 tan dan minyak masak terpakai kira-kira hampir 1,800 kilogram.

Selain itu, Majlis Perbandaran Kemaman juga menyediakan pusat pengumpulan di pusat e-waste Kemaman yang terletak di Lot Perniagaan Binjai Souq, sejak Ogos 2020.

Pusat berkenaan beroperasi pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi pada setiap Sabtu minggu kedua dan keempat setiap bulan.

Nazwawi berkata, sejak pembukaan pusat pengumpulan e-waste dengan kerjasama Syarikat Awie Metal Sdn Bhd sebagai pemungut e-waste, MPK berjaya mengumpul sebanyak 113 tan e-waste dan barang kitar semula.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Penutup Program Kempen Kitar Semula Bersama Komuniti Taman Bandar Baru di sini.


(FOTO RTM)

Media Baharu