fb fb fb fb fb

Usaha kerajaan pulihkan ekonomi pasca pandemik semakin berhasil, berada pada momentum terbaik - PM

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi pasca pandemik COVID-19 semakin berhasil dan berada pada momentum terbaik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ketika ini, ekonomi negara telah mencatat pertumbuhan sebanyak 3.1% pada 2021, berbanding penguncupan sebnayak 5.6% pada tahun sebelumnya.

"Bagi tahun ini, kerajaan Tuanku bertekad memacu ekonomi untuk mencapai pertumbuhan di antara 5.3% sehingga 6.3% sebagaimana yang diunjurkan, pembukaan sempadan juga telah merancakkan usaha pemulihan ekonomi, khususnya sektor pelancongan dengan peningkatan kemasukan pelancong asing.

"Seramai dua juta pelancong asing dijangka mengunjungi malaysia pada tahun ini yang kaan menyumbang sebanyak 8.6 bilion kepada ekonomi negara," kata Ismail.

Datuk Seri Ismail Sabri berucap sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Beliau turut menyatakan, kerajaan kekal komited untuk melonjakkan prestasi perdagangan dan pelaburan negara, termasuk memastikan pelaburan langsung domestik terus dirangsang.

Untuk mencapai matalamat ini, urusan para pemain industri akan dipermudahkan dan sistem penyampaian perkhidmatan awam dipertingkatkan.


(Datuk Seri Ismail Sabri berucap sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Dipertuan Agong
Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara)

Baca juga
Mudahkan urusan perdagangan, tingkat penyampaian perkhidmatan awam - PM


Media Baharu