(Foto Hiasan)
PUTRAJAYA, 27 Februari- Peruntukkan besar bagi mencetak dan mengedar Al-Quran ke seluruh dunia tidak wajar dipertikai.
Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim usaha itu penting bagi menyebar dan meningkatkan pemahaman mengenai ajaran Islam sebenar kepada masyarakat global, terutama penganut bukan Islam.
Sekali gus memerangi Islamofobia yang kian membimbangkan.
"Masalah sekarang ini adalah kefahaman, yang menentang Islam ini dia tidak pernah baca (Al-Quran). Yang lawan balik pun dia semua orang tidak betul, itu masalah juga. Semua orang kalau tak setuju dengan dia, semua liberal, semua sekular, semua barat.
"Jadi kita kena baca balik teks, baca terjemahan, baca tafsir dan sekurang-kurangnya boleh selamatkan sementara mengangkat penghayatan Islam ini," katanya.
(Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media hari ini/Foto JAPEN)
Beliau berkata demikan pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa bertajuk 'Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan Madani', di sini hari ini.