fb fb fb fb fb

Urban Malaria, majikan perlu pastikan pekerja asing lakukan saringan kesihatan - Hisham

JOHOR BAHRU, 12 Ogos - Majikan digesa untuk membuat saringan kesihatan kepada bakal pekerja warga asing sebelum memasuki ke negara ini.

Gesaan itu dibuat bagi mengelak berlaku Urban Malaria seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata saringan kesihatan penting supaya virus berkenaan dikenal pasti lebih awal dan langkah pencegahan diambil.


(Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah)

"Ada kita dapati terutamanya mereka yang datang dari afrika jadi saringan kesihatan penting. Setakat ini kematian tiada dan saya tiada angka sekarang untuk melihat seluruh negara mungkin selepas daripada saringan kita mengesan kes-kes bergejala," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Johor, di sini.

Tambah Dr Noor Hisham, Urban Malaria turut dikesan di negeri-negeri lain dan kebanyakan kes bukan tempatan dan berlaku dalam kalangan warga asing.

Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dan dipantau secara berterusan.

Semalam, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Ma’arof memaklumkan masalah Urban Malaria berlaku di negeri itu susulan kebanjiran warga asing di pelbagai sektor ekonomi.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan tiada jangkitan virus Lagya dilaporkan di negara ini. Virus berkenaan dilaporkan merebak di China dan menjangkiti manusia serta membawa maut.

Media Baharu