fb fb fb fb fb

Jawatankuasa Pilihan Khas bincang RUU kawalan tembakau minggu depan - Khairy

(FOTO HIASAN)

JOHOR BAHRU, 12 Ogos - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang meneliti Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan bermesyuarat kali pertama minggu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan mendengar pandangan daripada ahli jawatankuasa dianggotai 12 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata terdapat perkara yang perlu diperhalusi berhubung penguatkuasaan dan tahap denda.

(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

"Mesyuarat pertama Minggu depan. Kita akan dengar dulu pandangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas, cuma nak kena perhalusi sedikit peruntukan-peruntukan dia secara teliti, hendak tengok kepada penguatkuasaan dan tahap denda, itu kita akan bincang. Tapi janji, insyaAllah kita dapat sokongan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat Negeri Johor di Bandar Dato' Onn, di sini.

Tambah Khairy, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada dasarnya turut bersetuju dengan RUU berkenaan menerusi surat kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.

Sehingga kini katanya, 95 peratus perbahasan bersetuju dengan dasar tersebut.

Media Baharu