fb fb fb fb fb

Kekurangan pekerja, boleh jejaskan sektor industri sarang burung walet

SERDANG, 12 Ogos- Lebih 2,000 orang diperlukan bagi menampung kekurangan pekerja dalam industri sarang burung walet.

Kekurangan pekerja sektor itu bakal memberi kesan kepada kuantiti dan kualiti penghasilan produk yang secara tidak langsung boleh menjejaskan eksport sarang burung walet.

Demi memenuhi permintaan dan kelangsungan pasarannya, kerajaan bersetuju membuat pengambilan pekerja asing bagi industri berkenaan.

Ia berdasarkan kapasiti pengeluaran tahunan sesebuah syarikat serta tertakluk kepada syarat pengambilan pekerja asing yang berkuat kuasa.

"Kebenaran pengambilan pekerja asing ini adalah khusus untuk pemprosesan sarang burung walet mentah bersih dan pihak syarikat terlebih dahulu mesti berdaftar dengan DVS," kata Ronald kepada pemberita RTM di MAEPS.


(Antara produk yang dihasilkan menerusi sarang burung walet)

Sehingga 31 Disember 2021, industri tersebut telah menggaji seramai 2,213 pekerja, meliputi 1,073 pekerja tempatan dan 1,140 pekerja asing.

Media Baharu