fb fb fb fb fb

Penjawat awam di Melaka dilarang beri kenyataan burukkan imej kerajaan

MELAKA, 12 Ogos – Penjawat awam di Melaka diingatkan supaya patuh larangan memberi sebarang kenyataan yang boleh memalukan atau memburukkan imej kerajaan.

Tegas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari ini terutama sebarang penyataan awam berkaitan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan yang boleh memudaratkan.

(Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari)

"Untuk kenyataan umum yang dilarang ini adalah kepada semua pegawai kerajaan tanpa kebenaran. Sekiranya mereka dapat kebenaran daripada SUK untuk buat penyataan umum berkaitan dengan agensi kerajaan masala-masalah di jabatan itu dibenarkan.

"Kena dapat kelulusan daripada SUK terlebih dahulu. Melibatkan dasar kerajaan negeri perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dahulu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan Pelancaran Tabung Hari Pahlawan Tahun 2022 Peringkat Negeri di Dataran Seri Negeri, di sini.

Tambahnya, penjawat awam perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan telus dan profesional.

Ketua jabatan juga diingatkan supaya memantau kakitangan di bawah seliaan mereka supaya sentiasa patuh peraturan dan tata etika ditetapkan.

Media Baharu