KUALA LUMPUR, 23 Oktober - Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) memeterai 30 kerjasama strategik bersama rakan industri dan universiti antarabangsa hari ini.
Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat merangkap Pro-Canselor UPTM, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, pengukuhan kerjasama itu bagi memastikan pasaran graduan terus relevan dan berdaya saing. menunjukkan kebolehpasaran graduan pada tahap memberangsangkan.
"Saya mengucapkan tahniah kepada UPTM. Walaupun baharu berusia tiga tahun, institusi ini telah ke hadapan dalam menjalin hubungan serta kerjasama strategik dengan industri. Usaha ini penting bagi memastikan kebolehpasaran pelajar dan graduan UPTM terus dipertingkatkan.
"Tahun ini, kita mencapai kadar kebolehpasaran sebanyak 93 peratus, manakala dalam konteks MARA secara keseluruhan ialah 97 peratus, sekali gus menunjukkan prestasi lebih baik berbanding kebanyakan institusi pendidikan lain pada masa ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penganjuran Academia–Industry Collaboration (AIC) 3.0: Celebrating UPTM Students’ Excellence and Future Career di ibu negara.
Ia jelas menzahirkan aspirasi UPTM dalam memperkukuh kedudukan sebagai institusi pendidikan tinggi progresif dan berdaya saing global.