KUCHING, 26 Mei- Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil langkah strategik dengan menjenamakan semula UPM Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) sebagai Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), sekaligus mengiktiraf peranan penting Sarawak dalam pembangunan pendidikan tinggi negara.
Penjenamaan semula itu akan dimuktamadkan menerusi Majlis Pengisytiharan rasmi yang dijadual berlangsung pada 30 Jun ini di Istana Alam Shah, Klang, Selangor.
Majlis berkenaan bakal menjadi simbolik kepada penghargaan UPM terhadap sumbangan signifikan Sarawak dalam mengukuhkan ekosistem pendidikan dan penyelidikan di Malaysia.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi UPM di Astana Negeri Sarawak bagi menyampaikan jemputan rasmi menghadiri majlis tersebut.
Delegasi UPM yang diketuai oleh Pro-Canselor UPM, Tan Sri Peter Chin Fah Kui turut memaklumkan pelantikan Tun Dr. Wan Junaidisebagai Pro-Canselor baharu yang berkuat kuasa mulai 18 Oktober 2024.
Pelantikan itu mencerminkan komitmen UPM untuk memperkukuh hubungan kerjasama dengan Sarawak, terutama dalam memacu kecemerlangan pendidikan tinggi, penyelidikan dan pembangunan komuniti.
Selain itu, perbincangan turut melibatkan penubuhan Sekolah Veterinar dan Sains Haiwan (SVAS) di Sarawak, sebagai usaha memperluas impak penyelidikan dan memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.
Tun Dr. Wan Junaidi menzahirkan penghargaan kepada UPM dan menyatakan keyakinan bahawa penjenamaan semula UPMKB kepada UPMS akan memberi manfaat besar, bukan sahaja kepada Sarawak, malah kepada negara secara keseluruhannya.
wan di Sarawak, serta peranan UPM dalam menyokong agenda keterjaminan makanan negara.