fb fb fb fb fb

UPM, JNU jalin kerjasama pembentukan makmal bersama

Naib Canselor UPM, Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Presiden JNU China Prof. Dr Xing Feng selepas menandatangani MoU di UPM/ Foto UPM

SERDANG, 19 November - Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jinan University, China (JNU) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) menerusi pembentukan Makmal Bersama Belt and Road pertama di Malaysia, iaitu China-Malaysia Belt and Road Joint Laboratory for Oil Processing and Safety.

Jalinan MoU ini bertujuan untuk memperluaskan penerokaan dalam dunia penyelidikan bidang pemprosesan minyak dan keselamatan dengan memfokuskan kepada penghasilan teknologi yang lestari dan inovatif dalam industri minyak serta keselamatan makanan di rantau Asia.

Naib Canselor UPM, DatukProfesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata kerjasama ini bukan sahaja berpotensi memperkasa penyelidikan dan pembangunan di antara kedua-dua buah negara, ia juga membuka peluang kepada penyelidik untuk meneroka inovasi baru dalam pemprosesan minyak yang lebih selamat dan mesra alam.

“Melalui kerjasama pembentukan makmal ini, UPM-JNU semakin kukuh dan diharapkan mampu memacu penyelidikan yang membawa manfaat pada peringkat global,” katanya.

Selain itu, jalinan kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua universiti dalam mempergiatkan pertukaran ilmu pengetahuan serta meluaskan peluang penyelidikan dalam bidang teknologi makanan.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr Ismi Arif Ismail, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), UPM, Prof. Dr Anis Shobirin Meor Hussin dan Dekan Sekolah Antarabangsa, Prof. Dr Wang Yong serta Setiausaha Agung Persatuan Alumni Luar Negara Jinan University, Liang Yan.

Dalam pada itu, kerjasama ini selari dengan visi UPM menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

ROSLINA BINTI DIN