fb fb fb fb fb

Universiti MAHSA meterai kerjasama dengan University of Portsmouth

KUALA LUMPUR, 13 September - Universiti MAHSA dan Kolej Antarabangsa MAHSA Avenue meterai kerjasama strategik dengan University of Portsmouth, United Kingdom, dalam usaha memperkukuh kualiti pendidikan tinggi dan membuka peluang lebih luas kepada pelajar tempatan serta antarabangsa.

Pengerusi Eksekutif merangkap Pro-Canselor Universiti MAHSA, Tan Sri Datuk Dr. Mohamed Haniffa Abdullah berkata kerjasama tersebut merupakan hasil perbincangan yang berlangsung hampir satu setengah tahun antara kedua-dua institusi.

“Dengan membawa Portsmouth ke Malaysia, pelajar kini boleh menikmati pendidikan UK tanpa perlu ke luar negara. University of Portsmouth ialah sebuah universiti yang berusia lebih 116 tahun, sangat matang dan berpengalaman, manakala MAHSA masih muda dengan usia 21 tahun. Jadi, banyak yang boleh kita pelajari daripada mereka.

“Namun, mereka juga mengakui ada perkara yang boleh dipelajari daripada kita, khususnya dari perspektif ASEAN dan Malaysia. Pada akhirnya, kerjasama ini bertujuan memberi manfaat kepada pelajar dengan menawarkan pendidikan bertaraf dunia di sini,” katanya.

Menurut beliau, kolaborasi itu akan meningkatkan daya saing MAHSA, terutamanya melalui penawaran dual awards yang membolehkan pelajar menerima dua ijazah iaitu satu daripada MAHSA dan satu daripada University of Portsmouth.

JALALUDDIN BIN BAHARIN