PETALING JAYA, 13 September - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga pukul 12.00 tengah hari ini.
MET Malaysia dalam kenyataan, memaklumkan bahawa negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Terengganu membabitkan kawasan Kemaman dan negeri Selangor (Kuala Langat dan Sepang).
Selain itu, Negeri Sembilan (Port Dickson dan Rembau), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Keadaan cuaca sama turut dijangka melanda negeri Sarawak melibatkan kawasan Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu dan Miri.
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran", menurut MET Malaysia.