fb fb fb fb fb

Unit Drama TV RTM terima Anugerah Sektor Awam DBP

KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Unit Drama TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima Anugerah Citra Sahabat Kategori Sektor Awam Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui drama bersiri dan telefilem Jabat Erat-Erat dan Pekan Kecil Kampung Terpencil yang berlangsung di Dewan Budaya Tun Syed Nasir, di sini, pagi tadi.

Pengiktirafan itu antara enam kategori yang diwujudkan iaitu Kategori Individu, Sektor Swasta, Persatuan, Media Elektronik, dan Media Cetak.

Ia sebagai menghargai sumbangan pihak luar sama ada kepada individu, persatuan, syarikat, pertubuhan, agensi atau pun pihak lain yang memainkan peranan penting dan berkesan dalam membantu DBP menyebarluaskan dan memartabatkan bahasa, sastera dan persuratan Melayu.

Anugerah Citra Shabat disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.

Hui Ying dalam ucapannya berharap Anugerah Citra Sahabat dapat diteruskan pada setiap tahun.

"Hal ini amat penting kerana sinergi dan kerjasama dengan pelbagai agensi merupakan idea pintar oleh sesbuah organisasi .

"Pengiktirafan boleh diberikan dengan pelaksanaaan beberapa program khusus di organisasi rakan sinergi DBP bagi mengekalkan "keakraban" dengan organisasi tersebut," katanya pada Majlis Hari Inovasi DBP 2023 yang bertemakan "Aspirasi Madani Memacu Inovasi" di sini, hari ini.

Dalam acara sama, DBP turut mengadakan prapelancaran Galeri Bahasa dan Persuratan Melayu (GBPM).

"Galeri Bahasa dan Persuratan Melayu ini akan menempatkan pelbagai manuskrip asal, artifak dan khazanah lama Persuratan Melayu untuk rujukan para pengkaji dan penyelidik serta untuk tatapan generasi masa hadapan," tambahnya.

Katanya usaha pemuliharaan itu amat penting dalam menjaga dan memulihara khazanah negara.

Media Baharu