fb fb fb fb fb

Lelaki 'transporter' ditahan bersama syabu bernilai RM5.187 juta

(FOTO RTM)

GEORGE TOWN, 4 Oktober -Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama enam guni bungkusan plastik dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM5.187 juta dalam serbuan di Batu Kawan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Dato Khaw Kok Chin berkata menerusi Op Tapis yang dilaksanakan pada Selasa, pihaknya berjaya menahan lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai berperanan sebagai "transporter"atau pengangkut dalam kereta yang mengedar dadah dari Utara Semenanjung ke Lembah Klang.

"Kita percaya lelaki berkenaan merupakan seorang "transpoter" membawa bekalan dadah dari Utara Semenanjung untuk dibekalkan di Lembah Klang dan Pulau Pinang", katanya kepada pemberita pada sidang media di IPK Pulau Pinang di sini.

Dalam serbuan tersebut, suspek didapati cuba menukar kereta sebelum ditahan pihak polis.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


(Ketua Polis Pulau Pinang, Dato Khaw Kok Chin/FOTO RTM)

Media Baharu