(Foto Polis Johor)
JOHOR BAHRU, 4 Okober- Seramai 21 individu termasuk dua wanita dan seorang lelaki warga asing ditahan terlibat kegiatan judi dalam talian serta loteri awam tanpa lesen di seluruh Johor, semalam.
Menerusi Op Dadu Khas yang dijalankan secara serentak itu, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 64 tahun.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya turut merampas 20 buah telefon bimbit, enam pencetak mudah alih dan wang tunai sebanyak RM3,224.
"Operasi yang bermula sejak 22 September lalu telah membawa penahanan seramai 277 individu setakat ini termasuk 32 warga asing lelaki dan wanita hasil pemeriksaan ke atas 246 buah premis.
"Kesemua suspek dibawa ke mahkamah bagi permohonan tahanan reman mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) dan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," kata Kamarul Zaman menerusi kenyataan.
(Foto Polis Johor)