fb fb fb fb fb

UNFCCC COP 28: Malaysia fokus peralihan tenaga, pengurangan pelepasan gas rumah hijau

KUALA LUMPUR, 6 Julai- Malaysia akan fokus kepada aspek peralihan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau pada Persidangan ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFCCC COP 28).

Persidangan dijadual berlangsung dari 30 November hingga 12 Disember depan di Dubai.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Malaysia juga akan memberi tumpuan pada persiapannya untuk melaksanakan perkara berkaitan dengan peralihan tenaga yang adil, pasaran karbon, pembiayaan iklim, pemuliharaan biodiversiti dan penyesuaian iklim.

"Kita telah membuat beberapa pengumuman besar termasuk peningkatan sasaran untuk kapasiti tenaga boleh diperbaharui kepada 70 peratus menjelang 2050 yang diumumkan dua bulan lepas.

"Kita juga telah percepatkan usaha peralihan tenaga boleh diperbaharui kita, jadi kita akan terus buat pengumuman lagi apabila sampai masanya nanti," katanya.

(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad)

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Perubahan Iklim, di sini hari ini.

Nik Nazmi turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 34 ahli panel penasihat itu, terdiri daripada individu berkepakaran yang bertindak sebagai penghubung kepada kerajaan dengan pihak berkepentingan berkaitan.

Media Baharu