fb fb fb fb fb

Syarikat swasta keluarkan notis NTL disiasat

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 6 Julai- Siasatan sedang dijalankan terhadap syarikat swasta yang mengeluarkan Notis Penolakan Masuk (NTL) Jabatan Imigresen kepada pengembara asing di KLIA.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya bagaimanapun tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat berkenaan, memandangkan ia bukan lantikan kementerian.

"Ia dilantik oleh syarikat-syarikat penerbangan, kita tak boleh berhentikan mereka sebab ia bukan lantikan kita.

"Kerja dia adalah menyediakan makan minum untuk NTL tersebut dan menguruskan penerbangan pulang mereka. Kita perlu dapatkan maklumat lebih terperinci terlebih dahulu, kita tak boleh bertindak terburu-buru sekarang," kata Anthony kepada pemberita selepas merasmikan program Nature Positive Infrastructure, di sini.

Laporan lengkap akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet selepas siasatan selesai.

(Anthony berkata  Syarikat swasta keluarkan notis NTL disiasat)

Media Baharu