fb fb fb fb fb

Undi percaya PM wajar, muktamadkan keabsahan

(FOTO FAIL)

BANGI, 27 November - Pembentangan usul undi percaya wajar dibentang dalam Sidang Parlimen pada 19 Disember nanti bagi menjamin keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari berkata usul itu sekaligus dapat memuktamadkan pertikaian jumlah majoriti yang diperolehi Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan persekutuan.

(Datuk Seri Amirudin Shari)

"Kita ada lebih kurang tak sampai sebulan, dua, tiga minggu sahaja...ada kewajaran supaya keabsahan dapat dirumuskan. Kita tidak mahu keabsahan pentadbiran itu berlaku terlalu panjang," katanya kepada pemberita.

Datuk Seri Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor itu berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan MASISWA Networking Games 2022 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di sini.

Anwar, dalam sidang media sulung selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10, Khamis lalu berkata sidang pertama Dewan Rakyat pada 19 Disember ini ditetapkan untuk dikemukakan usul undi percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

Katanya, langkah itu bertujuan apabila ada pihak mempertikai kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri sekali gus dilihat menjejaskan kestabilan kerajaan.

Media Baharu