fb fb fb fb fb

Undi 18: Parti politik disaran dekati golongan belia

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Parti politik disaran mendekati golongan belia terutama mereka yang kali pertama layak mengundi selaras pelaksanaan Undi 18 untuk keluar menunaikan tanggungjawab.

Sikap tidak berminat dengan politik tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka mensia-siakan peluang membentuk pentadbiran negara.

Tegas Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub, undi belia adalah sama penting dengan pengundi lain.

Berdasarkan prinsip demokrasi, setiap yang layak mengundi perlu berbuat demikian demi kepentingan negara.

Semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat digesa memastikan belia tanggungan mereka keluar mengundi pada hari pengundian.

"Mereka sangat teruja tetapi dengan perkembangan politik negara dan emosi yang tidak menyebelahi mereka misalnya, bagaimanapun kita masih ada lagi masa untuk menarik sokongan serta minat mereka untuk turun mengundi pada PRU15," kata Dr Tawfik ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.


(Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub)

Belia juga disaran tidak terpengaruh dakyah pihak terentu yang menghasut mereka untuk tidak berbuat demikian.

Media Baharu