fb fb fb fb fb

Undang-undang tangani isu lambakan kenderaan tersadai akan dikaji

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 26 September - Satu mesyuarat membincangkan mekanisme undang-undang terbaik bagi menangani isu lambakan kenderaan tersadai, akan dilaksana.

Ia menerusi kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menjelaskan antara perkara yang akan diperhalusi adalah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengambil tindakan sesuai terhadap kenderaan terbabit.

Antara isu lain yang akan dibincangkan termasuk cabaran dalam mengenal pasti pemilik kenderaan yang tersadai.

"Saya difahamkan jika lebih daripada tempoh tertentu, 2 hingga 3 bulan tidak ambil kereta berkenaan, maka PBT ada kuasa untuk ambil."

"Cuma itu kena kaji Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan lihat bagaimana PBT dapat laksanakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan." katanya.

Tambah beliau, perkara tersebut bertujuan memastikan tindakan yang lebih berkesan dalam menangani isu berkenaan dapat dilaksana, demi menjaga kebersihan dan keselamatan awam.

Beliau mengulas satu laporan akhbar tempatan yang mendedahkan terdapat kira-kira 2,112 kenderaan tersadai di 64 Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat.

Trainee