fb fb fb fb fb

UMS jalin kerjasama dengan Neurogine Groupof Companies, galak pertumbuhan ekonomi tempatan

LABUAN, 22 Julai- Satu kerjasama penyelidikan kewangan bagi menstabil dan menggalak pertumbuhan ekonomi tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), ditandatangani Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Neurogine Group of Companies.

Memorandum Persefahaman (MOU) itu akan mengkaji isu keterangkuman kewangan dan teknologi, serta cara baharu dalam penyediaan akses kredit, selain meneroka potensi dan kesediaan PKS dalam pengadaptasian teknologi kewangan baharu.

Bercakap dalam sidang media di Labuan, Naib Canselor UMS Prof Datuk Taufiq Yap Yun Hin berkata, antara yang diberi perhatian; kemahiran teknologi kewangan hibrid, penyediaan akses baharu pembiayaan global khususnya peningkatan pengeluaran makanan, serta kelestarian sumber laut.

"Kerjasama penyelidikan itu adalah di antara industri atau syarikat itu dengan penyelidik ataupun pakar-pakar dalam bidang kewangan antarabangsa di dalam universiti dan saya sangat bersuka hati dengan
kerjasama yang kita jalankan kerana syarikat telah pun menawarkan sejumlah geran untuk membolehkan penyelidikan dapat diteruskan," kata Prof Taufiq.

MoU dimeterai di UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) oleh Prof Datuk Taufiq dan Ketua Pegawai Eksekutif Neurogine Group Owen Chen Chee Onn.


(Naib Canselor UMS Prof Datuk Taufiq Yap Yun Hin)

Media Baharu