fb fb fb fb fb

UMNO Wilayah Persekutuan gesa SPRM siasat Radzi Jidin

(Ghulam Muzaffar Ghulam Mustakim (merah) ditemui pemberita di hadapan
bangunan SPRM Putrajaya)

PUTRAJAYA, 21 September- UMNO Wilayah Persekutuan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Dr. Radzi Jidin susulan dakwaan rasuah.

Ketua Penerangannya, Ghulam Muzaffar Ghulam Mustakim berkata, gesaan itu dibuat susulan mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp yang mengaitkan Radzi dengan beberapa individu berkaitan pemberian kontrak penyelenggaran sekolah serta pencetakan buku J-Qaf.

"Hari ini kita terpanggil untuk hadir ke pejabat SPRM Putrajaya kerana dalam sehari dua ini telah begitu viral satu mesej melibatkan bekas Menteri Pendidikan iaitu Datuk Seri Dr. Radzi Jidin yang juga merupakan Ahli Parlimen Putrajaya sekarang.

"Jadi, mesej yang kita terima melibatkan dua isu besar itu perlu disiasat tentang isi kandungan dan juga kebenarannya.

"Mesej yang kita terima ini melibatkan kepentingan awam, dana dan wang negara," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan bangunan SPRM di sini.

Ghulam berkata, SPRM perlu menyiasat dakwaan tersebut dan mengesahkan sama ada mesej tular berkaitan skandal serta penyelewengan itu benar-benar wujud atau sebaliknya.

(Radzi Jidin/FB Dr Radzi Jidin)

Media Baharu