fb fb fb fb fb

UMNO siasat kehadiran ahli dalam himpunan pembangkang

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO / Foto BERNAMA

RAUB, 26 Julai - UMNO akan memanggil dan bertemu secara bersemuka dengan ahlinya yang didakwa menyertai perhimpunan pembangkang di ibu negara, semalam.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan dalaman sedang dijalankan memandangkan dakwaan tersebut belum dibuktikan kesahihannya.

“Saya nak lihat dahulu siapa yang hadir. Saya dan pasukan akan bertanya kenapa mereka hadir.

Pendirian UMNO jelas, kita tidak menyokong perhimpunan seperti itu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Raub 2025 di Dewan Jubli Perak, di sini.

Tambah beliau, UMNO telah menyatakan komitmen untuk tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan.

Katanya, peranan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan MADANI yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk memperkukuh, bukan meruntuhkan kerajaan sedia ada.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN