fb fb fb fb fb

UMNO lantik MT, 'Menteri Angkat' di enam negeri

KUALA LUMPUR, 14 Januari- UMNO telah melantik Majlis Tertinggi (MT) dan 'Menteri Angkat' untuk setiap negeri terlibat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri.

Langkah itu sebagai langkah kesiapsiagaan parti mendepani pilihan raya dengan menyusun strategi secara sistematik dan efektif.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia melibatkan enam negeri iaitu  Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang.

"Untuk memastikan fokus dan strategi gerak kerja dapat disusun dengan baik, sesuai dengan cadangan yang dikemukakan oleh jurucakap, kita akan melantik MT dan Menteri Angkat bagi setiap negeri yang terlibat," katanya kepada pemberita di sini.

Malah katanya, Datul Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai Penyelaras Operasi Pilihan Raya Negeri.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu