fb fb fb fb fb

Umat Islam di Malaysia mula puasa Ahad ini

KUALA LUMPUR, 1 April- Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa pada Ahad, 3 April, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

(Pengumuman tarikh permulaan puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad)

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini, 1 April, bersamaan 28 Syaaban 1443 Hijrah.

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 17 lokasi di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Media Baharu