fb fb fb fb fb

UKM, MPOGCF meterai MoA perkukuh penyelidikan konflik manusia dan hidupan liar

 

KUALA LUMPUR, 21 September- Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia; UKM dan Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation MPOGCF menjalin kerjasama bagi memperkukuh penyelidikan konflik manusia dan hidupan liar di negara ini.

Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat UKM, Prof. Datuk Dr. Roslee Rajikan berkata, penyelidikan itu akan turut mengemukakan pelan tindakan mampan kepada pihak berkepentingan sebagai solusi yang strategik dan holistik.

Melalui kerjasama tersebut, penyelidik dari kedua-dua organisasi akan menganalisis cabaran kewujudan bersama manusia serta hidupan liar.

Selain itu, mewujudkan kaedah perladangan mesra hidupan liar dalam meminimumkan konflik antara kedua-duanya.

"Ini amat penting terutamanya, seperti yang kita tahu industri sawit sering menjadi tumpuan dan ia sering dikaitkan dengan isu biodiversiti dan hidupan liar.

"Kita juga ingin melihat bahawa disebalik pembangunan yang ada kita terus memberi perhatian yang serius kepada biodiversiti, alam sekitar dan hidupan liar yang ada di negara kita,"katanya.

Bercakap selepas pemeteraian memorandum perjanjian kerjasama jelasnya, kajian akan mengambil masa selama tiga tahun dan dijadual bermula 1 Oktober ini.

Ia akan melibatkan ladang kelapa sawit di beberapa negeri termasuk di Sabah, Kelantan dan Perak.


(Majlis pemeteraian MoA antara FSSK UKM dengan MPOGCF)

Media Baharu