fb fb fb fb fb

30,000 pengunjung dijangka hadiri SMIX 2023

MELAKA, 21 September- Seramai 30,000 pengunjung disasar dengan sembilan acara utama disusun sempena dengan Persidangan Antarabangsa dan Expo Smart Melaka (SMIX) 2023 yang akan berlangsung di MITC, Ayer Keroh pada 12 hingga 15 Oktober ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata penganjuran program bertujuan untuk bertukar fikiran serta berbincang bagi membangunkan industri digital dan bandar pintar.

Ia turut menampilkan tiga personaliti berprofil tinggi dengan 40 ahli panel dan moderator yang terdiri daripada pakar rujuk dan pemain industri dalam teknologi digital.

"Seramai 152,361 orang peserta yang telah menyertai Techlympics yang melibatkan lebih 27 acara, ada pertandingan dron kuiz dan sebagainya. Jadi ini merupakan satu impak yang bagus untuk menggalakkan anak-anak kita di peringkat sekolah rendah, menengah dan juga IPT untuk mereka terdedah kepada teknologi dan alam digital untuk mereka buat persediaan masuk ke IPT nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu “Apa Khabau YB” di Konti Melaka FM Jalan Taming Sari.


(Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Fairul menjadi
tetamu “Apa Khabau YB” di Konti Melaka FM)

Antara pengisian lain program SMIX 2023 ialah Malaysia Investment Day, Pelancaran Bank Inovasi Melaka, Minggu Sains Negara Peringkat Negeri, Malaysia Techlympics dan Jelajah Saya Digital.

Majlis perasmiannya bakal disempurna Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Media Baharu