fb fb fb fb fb

Media dan SPRM main peranan perangi rasuah

(Tan Sri Azam Baki bersama semua pemenang)

PUTRAJAYA, 21 September-  Warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) perlu berubah dari segi pendekatan dan tidak boleh mengikut cara lama dalam menyampaikan atau mencari maklumat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata media yang sering menjadi rujukan suruhanjaya itu, juga tidak boleh berada di skala yang lama dan perlu berani mencuba pelbagai medium mendapatkan maklumat sebenar.

"Penggunaan media yang lebih startegik penting, sekiranya kita salah menyampaikan mesej kepada masyarakat maka salahlah penerimaan masyarakat.

"Sementara itu, kalau salah startegi kita dalam penyampaian media juga menyebabkan kekeliruan dan kekalutan pada masayarakat,"katanya.

Beliau berkata kuasa media sebagai tunjang keempat demokrasi mampu memantau, mendidik, memberi amaran malah mendedahkan kepincangan atau salah laku yang berlaku dalam kerajaan dan masyarakat.

Tan Sri Azam berucap pada Majlis Malam Anugerah Media SPRM di Putrajaya.

Sementara itu wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Nurul Asmawati Harun memenangi Anugerah Juri Kategori Media Elektronik.

Kemenangan itu diraihya menerusi laporan berita 'Budaya Antirasuah Perlu Dipupuk Lebih Meluas' sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,500, sijil dan plak.

Nurul Asmawati yang ditemui berkongsi rasa gembiranya atas penganugerahan tersebut dan menyifatkan ia menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus menghasilkan laporan berita berkualiti.

"Ini adalah percubaan saya setelah hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia penyiaran dan 15 tahun sebagai wartawan.

"Terima kasih SPRM kerana menghargai warga media seperti kami,"katanya.


(Wartawan RTM,  Nurul Asmawati Harun raih Anugerah Juri Kategori Media Elektronik)

Media Baharu