(FOTO APM SELAMA)
TAIPING, 21 September- Sebanyak 30 buah rumah dinaiki air susulan banjir kilat yang berlaku di Larut Matang dan Selama, Perak.
Antara kawasan terjejas ialah Kampung Bendang Luas, Kampung Masjid dan Kampung teras.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, banjir mencecah 1 meter.
Bagaimanapun, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, namun operasi pemantauan masih dilakukan.
(FOTO APM SELAMA)