fb fb fb fb fb

UiTM Melaka wujudkan kolaborasi, promosi Melaka melalui pendidikan

Ketua Pusat Pengajian Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka, Prof Madya Dr Abdul Rauf Ridzuan /Foto RTM

JALAN TAMINGSARI,12 Jun- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka komited mewujudkan hubungan kolaborasi dengan beberapa negara bagi memperkasa sekaligus mempromosi Melaka melalui bidang pendidikan.

Menurut Ketua Pusat Pengajian Fakulti Komunikasi dan Pengajian Medianya, Prof Madya Dr Abdul Rauf Ridzuan, kolaborasi itu melibatkan aktiviti pembelajaran dan penyelidikan.

Selain itu, pihaknya giat mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama agensi agensi media bagi memberi pendedahan kepada pelajar memperoleh pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar.

"Banyak ilmu dapat dikongsikan terutama ilmu media, ilmu penyiaran beberapa persoalan yang selama ini tidak terjawab kita ke sini kita dapat jawapan macam mana radio itu beroperasi dan sebagainya.

"Jadi saya yakin program sebegini sangat memberi manfaat kepada pelajar pelajar kita terutamanya dan kolaborasi daripada Indonesia", katanya demikian selepas mengadakan Program Field Trip di RTM Melaka.

Program berkenaan melibatkan 127 pelajar UiTM bersama pelajar Universitas Padjadjaran (UNPAD) Indonesia.

Sementara itu, Pengarah RTM Melaka, Siti Norbaini Khairi berkata sesi berkenaan perkongsian tersebut adalah untuk berkongsi berkaitan cabaran yang dihadapi oleh sesebuah radio selain kekal relevan dalam industri penyiaran.

"Supaya pelajar pelajar lebih memahami bagaimana cabaran sebenar radio negeri untuk bersaing dengan stesen stesen swasta dan juga untuk kekal relevan dalam industri penyiaran dan semoga dengan kunjungan ini mereka akan lebih memahami peranan Jabatan Penyiaran Malaysia", katanya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD